Hai Pelombong! Benua Elemental kini tiba! Ada pelbagai cara baharu untuk menggunakan Pengurus Super anda! Kini setiap Pengurus Super mempunyai Elemen yang akan memberi kesan terhadap keberkesanan mereka di dalam Lombong Elemental dengan mod permainan baharu ini. Jika Elemen sepadan, mereka akan menerima galakan yang banyak, jika tidak, potensi mereka menjadi terhad di lombong tersebut. Berhati-hati dengan lokasi Pengurus Super anda ditugaskan. Wujudkan strategi tersendiri untuk menggunakan segala keupayaan mereka. Ganjaran hebat menanti anda di Lombong Elemental, contohnya Intipati baharu. Anda boleh menggunakannya untuk mencipta Fragmen Pengurus Super sedia ada, jadi anda boleh menaikkan pangkat mereka lebih cepat! Jumpa anda di Lombong Elemental. Semak Soalan Lazim di bawah untuk maklumat lanjut!